SUARA HATI HAWA KEPADA ADAM

Petikan : Warkah Dakwah 1986

Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,

Sesungguhnya aku adalah Hawa,

Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu,

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok,

Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,

Sentiasa mau terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,

Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,

Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya,

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,

Kacau bilaulah suasana,

Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa,

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil & Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya,

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,

Tapi…. aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu,

Aku sejak dulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu,

Namun… terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita,

Kau diberi amanah untuk mendidik aku,

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu,

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,

Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu,

Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

Aku… akalku satu, nafsuku beribu!

dari itu Adam, pimpinlah aku tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,

sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya,

Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah,

Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku,

Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,

Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,

Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,

Dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah,

Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s