tolong patuhi peraturan jalan R A Y A

Share the road

Kepada semua pengguna jalan raya (pemandu kereta, bas & lori; penunggang motosikal; penjalan kaki), tolonglah patuhi peraturan jalan raya. Kerana saya prihatin dan berasa sangat takut melihat kemalangan yang berlaku di depan mata saya hari ini, di sini (depan Bukit Jambul, laluan melintas bagi penjalan kaki dekat tempat tunggu bas).

Hari ini cuti hujung minggu. Saya dan rakan sebilik saya keluar untuk makan tengahari di Queens Bay. Jauh benar ‘The Journey for Lunch’. Kami pun tunggu bas depan BJ untuk pulang. Tup-tup, saya dengar bunyi orang perempuan menjerit dan kedebop! bunyi macam benda kena langgar dan jatuh. Saya pun tengok dan ketika itu mangsa ‘on the way’ nak jatuh macam buah nangka. Astaghfirullah hal ‘azim….

Mangsa merupakan rakyat Bangladesh agaknya. Dia hendak melintas. Tetapi bukan di kawasan ‘line zebra’ yang sepatutnya. Hai… entahlah. Kemungkinan tidak perasan juga kereta kancil yang akan melanggarnya itu. Mungkin juga dia tidak faham peraturan jalan raya di Malaysia ini. Itulah, saya ingin berpesan jangan melintas di tempat yang tak sepatutnya. Kalau ingin melintas sekali pun, ikutlah prosedur ini;

1) pandang kiri

2) pandang kanan

3)pandang kiri semula untuk memastikan kereta berada pada jarak yang masih jauh

4) lintas

Mangsa tidak pengsan dan boleh bangun. Dia boleh bangun dengan bantuan kawan dia, dia bangun dan berjalan ketepi. Nasib baik orang yang melanggar ini tidak marah malah ‘offer’ nak bawa ke hospital. Salah siapa sebenarnya? Ketika mangsa hendak pergi masuk dalam kereta saya ternampak darah mengalir dari lengan dia. Alamak! Macam banyak je, sebab masa dia nak masuk ke dalam kereta  terpalit sedikit di pintu kereta tu. Saya agak tulang humerus dia patah.

Bagaimana perasaan saya ketika itu? Nasib baik sudah makan. Sebab sebelum makan tadi saya rasa lemah sangat, mungkin lambat menjamah makanan untuk hari ini. Kalau belum makan mungkin saya pun jadi lemah. Rasa ketar lutut. Takut pula nak bawa kenderaan di sini. Jalannya sentiasa sibuk. Sampai saat ni saya tidak boleh melupakan kejadian tadi. Saya fikir dengan tidur mungkin bila terjaga boleh lupa, tetapi tidak rupanya.

Tolong lah pergi daripada minda saya ini. Saya rasa seperti orang yang sedang fobia. Semuanya tidak I N D A H.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s