SALE ! Bakul dari kertas surat khabar untuk Gubahan Bunga!

notis:update 13/10/2014.. saya tidak lagi mengambil tempahan menganyam bakul. harap maklum =)

setelah di fikir-fikir kan, rasa nak jual pula bakul ni secara online… kelebihan bakul kertas ni:

-          Cantik

-          Berseni

-          Mudah di jaga

-          Sangat tinggi nilai seni kerana di buat daripada surat kabar saja

-          Promote kitar semula

-          Sangat tinggi nilai seni kerana sangat rumit untuk menghasilkan satu-satu bakul tu

-          Nampak macam di perbuat daripada true punya rotan yang tentunya mahal

-          Ringan, mudah di bawa ke mana-mana

-          Sangat sesuai di letakkan di mana-mana ruang dalam rumah (bersama gubahan bunga)

-          Tentunya murah!! Hasil seni yang ‘ori’ ni.. (RM 20 only!! include postage fee!!!)

-          Multipurpose, multi-use, adaptable!!

-          Tahan lama, kukuh!! (di syelek dengan sempurna)

Ha.. pilih3… ada enam design, semua cantik2.. siapa cepat dia dapat.. kalu stok dah habis, and u all sanggup tunggu untuk stok seterusnya, maybe dalam sebulan atau lebih cepat dari sebulan..

Kita close-up sikit satu persatu cirri-ciri bakul ni… maaf kerana nih gambar kamera handphone.. ada blurr sikit… kalau description tapak, luas bukaan lubang tu, x begitu tepat.. ye la, buat pon dengan tangan bukan machine kan? Jadi, ada la lari dalam 0.5cm atau 1cm.. saya ingatkan bahawa bakul kertas ini ringan… so, anda harus lah letakkan beberapa biji guli atau batu sungai atau batu biasa untuk memberatkan bahagian bawahnye.. jgn risau, tapaknya kukuh untuk menampung benda berat..

[pic 1

1]   Luas tapak = 10cm X 10cm ; lubang = 6cm X 6cm ; tinggi = 17cm; sesuai untuk di letakkan di sudut-sudut rumah anda, seperti ruang tamu, bilik bacaan atau bilik tidur..

[pic 2

2]   Tinggi = 18cm ; Tapak = 9cm, 8cm , Setiap sisi pentagon berukuran lain-lain sikit, bagi lubangnya pula ada yang berukuran 5cm, 6cm dan lari-lari sikit ukurannya.. tapi still nampak bentuk pentagon tu..amat camtik, kerana saiznya agak besar..  sesuai di letakkan di ruang utama untuk menarik perhatian sesiapa saja yang memandangnya..

[pic 3

3]  Diameter lubang = 4.5cm ; Height = 16 cm ; diameter tapak = 5cm ; rekaan nih memang cantik, nampak real, paling laris! Nampak macam rotan betul.. sesuai untuk gubahan yang simple diletakkan di tepi tv contohnya.. di sudut ruang tamu dan sebagainya…

[pic 4] bulat

[pic 4

4]  Diameter tapak = 8cm ; diameter bukaan lubang = 6cm ; height = 17.5cm; Design ke-4 nih pon lebih kurang design ke-3.. Cuma cara sulamannya aje berlainan.. menarik dan bergaya.. boleh juga diletakkan di tengah meja makan.. jangan risau sebab bakul nih kalis air..!

[pic 5

5]  Diameter bakul mangkuk ni = 16.5 cm ; ketinggian = 8 cm; ha! Jangan ingat bentuk mangkuk ni x boleh di buat hiasan.. saya pernah tengok cara hiasan menggunakan mangkuk nih, cantik dan unik.. letakkan pemberat di dasarnye, dan penuhkan dengan wangian pot pouri.. mendamaikan! Atau lebih kreatif lagi, letakkan hiasan sebegini di sudut rumah anda yang berhampiran dgn power supply, letakkan mentol atau apa2 sumber cahaya dalam mangkuk tuh..dan penuhi mangkuk tuh dengan batu sungai serta pot pouri.. jadi cahaya tadi akan terpancar dari celah-celah batu itu dan mangkuk hiasan anda tadi tampak bersinar-sinar!!

[pic 6

6]  Luas lubang = 4cm X 4cm ; tapak = 8cm X 8cm ; height = 17.5cm; langsing sikit bentuknya dari design pertama.. sesuai untuk gubahan bunga yang tinggi..

Jika berminat anda boleh tinggalkan komen dan email anda! Ingat, siapa cepat dia dapat.. kita boleh berunding melalui email.. k, Assalamualaikum…

About these ads

41 thoughts on “SALE ! Bakul dari kertas surat khabar untuk Gubahan Bunga!

  1. Salam..saya ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bentok pentagon. U guna berapa lidi kertas untuk base. Apakah diperlukan satu lagi lidi kertas supaya ia berpusing-pusing.

    • saya guna dua je.. saya tambah je lidi kertas kalau x cukup untuk dia pusing2.. selit la mcm mana pon.. dengan gam ke.. sbnarnya, ikut kreativiti anda je.. mungkin ada org yg lebih tahu…kalau ikut saya, hentam mcm tu je la.. hehe..

  2. fuih..kreatif btullah. ni kalau nak buat sndri memang jadik surat kahabar balik di buatnye..syabas2.. camni punye cantik kasi promot besar skit baru baguih ni..ni ok ni join blog saya pasai hias rumah. kene sangatlah tu. senang2 tkde koje tu singgahlah.

  3. salam,

    saya minat kraftgn dr kertas ni..nk tau penah buat utk lampu gasolin tak…nk tau harga yer…tq..

  4. Pingback: Tempahan bakul telur/poutpouri dari surat khabar « Indah129's Blog

  5. mak saya amat teruja dengan blog kak indah. terus mencuba membuat bakul telur kertas surat khabar tersebut. terima kasih kak indah :) <3

    • botol air mineral ja.. kadang2 tukar guna bahagian atas botol tuh untuk bagi jadi ‘pinggang’ kat pasu tuh…

  6. Saya nak tahu bagaimana cara-cara membuat bakul kertas surat khabar ni. boleh bagi cara2 membuat nya?

  7. nk tahu harga untuk bakul no.1.klu ukuran tinggi 10inch,lebar 7inch x 7inch.nak dalam 16 unit,berapa harga ya?saya tinggal di terengganu,boleh hantar guna pos x?tanya dulu…

  8. Salam kak..terima ksh banyak2 sbb aja cara buat bakul kertas ni.lama dah cari..saya dah buat pun.alhamdulillah jadi juga wlupun kurang kemas.xpe,practice make perfect.Cuma nk tanya,klu kita nk buat bakul yang lebih besar camne?contohnye bakul untuk simpan mainan anak.msti anyamannye berbeza..harap kak boleh bantu saya.terima kasih

  9. salam kak…mgkin sye ni mmg xde bakat dlm kraftangan,dah cube tp xjdi2 la kak,mse nk gulung surat kbr tu lidi kena cabut ke lps gulung?atau biarkan je?

    • cabut lidi..jgn tinggal.. =), make sure mula2 nk gulung tuh,mulakan dengan ujung lidi yg agak besar, kalau mulakan dgn ujung lidi yg kecil, nt awak tak boleh nak tarik lidi tu keluar…. position lidi tuh letak mcm yg sy tunjuk dlm gmbar, jgn terlebih serong sgt… =) hope dpt membantu..

  10. salam.kak,saya nak order utk awal bulan 2 nie smpt tak?saya nak dlm 100biji bakul telur kertas..boleh tak?boleh saya dptkn no phn utk hubungi akak x?akak blh email saya mggunakan email di atas..

  11. saya nak suruh buat congkak dr kertas boleh buat tak??hanya satu saja…berape RM?dan nak secepat mgkin…

  12. Pingback: Sarung Handphone Kalis Air Camfrog | Camfrog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s